Dasar Pertukaran Asing
Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini telah mengumumkan liberalisasi Dasar Pertukaran Asing (FEP) yang memberikan fleksibiliti yang lebih meluas kepada sektor perniagaan sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan global dan memupuk persekitaran yang kondusif dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia. Berikut adalah langkah-langkah liberal yang diperkenalkan oleh BNM yang berkuat kuasa pada 15 April 2021.
1. Pemberhentian peraturan penukaran untuk eksport (“export conversion rule”).
2. Pengeksport tempatan dapat menyelesaikan perdagangan domestik dalam mata wang asing dengan entiti tempatan yang terlibat dalam rantaian bekalan global.
3. Pengeksport pemastautin dapat memperpanjang tempoh penghantaran balik hasil eksport melebihi enam bulan dalam keadaan tertentu.
4. Pengeksport pemastautin dapat mengosongkan hasil eksport daripada kewajipan mata wang asing yang dibenarkan.
5. Syarikat pemastautin boleh melakukan lindung nilai derivatif komoditi secara langsung dengan rakan niaga bukan pemastautin
Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan liberalisasi yang diperkenalkan, sila rujuk ke laman web BNM https://www.bnm.gov.my/-/liberalisation-of-foreign-exchange-policy